Cerita ini adalah adaptasi daripada seorang kawan kepada kawan aku....oleh sebab kawan aku tak dapat buka video tu..jadi aku kasi write version ja la..untuk dia tgk...hehe..
let the "Beautiful Life" begin.....
Pada suatu hari di sekolah...
seorang murid bertanya kepada gurunya...
Ketika itu gurunya sedang mengajar mengenai kasih sayang..
PELAJAR: "Cikgu,macamana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? macamana juga kasih sayang itu nak berkekalan..?"
CIKGU: "ok kamu ikut apa yang saya suruh. kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh kebelakang lagi walau sekali. Dah petik rumput yang PALING cantik bawa ke kelas.
Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. cikgu bertanya mengapa tiada rumput yang dipilih.
PELAJAR: "tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik, tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus jalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula jadi tiada la rumput yang saya boleh petik."
CIKGU: "Ya itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan orang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu tidak akan berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Walaupun nak di ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.....
well..hargailah apa yang kita ada.....
28072010(9.14pm)
Wednesday, July 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




0 comments:
Post a Comment