Pages

LaLui SaJa KeDuKaaN HiduP..AGaR KiTa TiDaK TerKandaS DiDalaMnYa.....

Wednesday, October 27, 2010

for the first time......C.E.R.P.E.N


Tajuk: saat pertama hanya dirimu.

“aku tak kisah apa pun rupa fizikal kau...kau gemuk ke kau kurus ke, tinggi ke, ketot ke...tak  kisah..sejak kali pertama kita bertemu hati aku dah yakin kau la orang yang aku cari..”Nazri berkata dalam nada romantis.  “Em..em..tapi....layak ke aku ni  dengan kau....isk kau ni...takda orang lain ke kau nak luahkan perasaan..kenapa aku...”.Alyn berdalih.  Nazri meraih tangan aku dan menggenggam erat..”Alyn..kenapa lagi kau nak nafikan rasa dihati?..kau kan dah terkantoi sebab aku dah baca diari kau yang tertinggal kat dalam kereta aku minggu lepas...hahaha...”kata nazri berlucu .
..................................................................................................................................................................
Aku Alyn...seorang gadis normal yang mempunyai satu masalah yang sukar ditangani...masalah lemak berlebihan..ha..ha..ha...Tapi sebagai manusia yang mengerti hukum alam, aku menerima diriku seadanya.Beauty lies in the eyes of the beholder..right?..bermadah la pulek....  Aku hidup dalam keluarga yang sederhana..Ada baba, mama, along, angah achik dan aku.Sebagai satu-satunya anak  gadis, aku telah dilatih oleh mama untuk menjadi seorang wanita yang baik dari semua sudut.Terutamanya dalam hal-hal memasak. Well, itu dapat menjelaskan punca lemak berlebihan yang aku hadapi..
Kini dalam usia 23 tahun aku sudah mampu berbangga dengan hidup aku..Keluarga yang bahagia,abang-abang yang baik (walaupun kadang-kadang menyakitkan hati) dan pekerjaan yang bagus.Aku bekerja sebagai setiausaha di bahagian Sumber Manusia sebuah syarikat pemaju..Hidup di zaman sekarang ni dengan berbekalkan rupa bentuk fizikal seperti aku memang amat payah untuk memiliki teman hidup.  Dulu aku pernah mempunyai teman lelaki semasa zaman-zaman budak hingusan tapi hubungan tu tak menjadi berikutan isu-isu berbangkit...yupp..isu berat badan..jadi kisah itu tinggal sejarah..bye..bye saja la..
Satu hari, dalam aku meneruskan hariku seperti hari-hari yang biasa aku lalui..tiba-tiba...Gedebuk.....!!”Aduss...!” aku terjelupuk di bahu jalan. Tiba-tiba aku rasakan seperti artis yang sangat-sangat popular.
“maaf cik. Saya tak sengaja. Maaf....” seorang pemuda berkata dengan nada kesal.
 Aku mencerlungkan pandangan ku setajam yang boleh ke arahnya.” Awak ni takda mata ke? Mata letak kat bawah tapak kaki ke? Saya sikit punya besar camni awak boleh langgar saya sampai saya terjatuh dan jadi tontonan orang ramai pagi-pagi buta hari ni..!” aku membebel semahunya.
 Hilang rasa malu ku seketika kerana insiden yang tak di sengajakan itu. Aku sudah bersiap sedia untuk beperang mulut dengan pemuda itu walaupun tepaksa sampai lambat ke tempat kerja aku.
Tapi pemuda itu diam kelu seribu bahasa.”weit..hello....”aku berkata sambil mengetik jariku d muka nya.
 Pemuda itu terkejut seperti baru menyedari sesuatu.” Maaf cik saya kena cepat ni..saya minta maaf banyak-banyak..saya minta diri dulu ye.saya ada interview pagi ni.rasa gelabah semacam la sebab tu saya sampai terlanggar awak.maaf ye cik..” pemuda itu berkali-kali mengucap maaf.
Sebagai insan yang amat bertimbang rasa  dan ditambah pula dengan muka innocent pemuda itu maka aku memaafkan dia..hilang semua api kemarahan dan pemuda itu juga hilang dari pandangan.Aikk..?! cepatnya...ok takpa la...dan aku meneruskan langkah ke pejabat.
..................................................................................................................................................................
Aku tiba di pejabat 15 minit lewat dari waktu kerja.Lantak la..bos aku bukan tak biasa aku datang lewat.he..he..he..he.Baru saja punggung ku melekap di kerusi ku terjengul muka bos aku di tepi meja..”Alyn hari ni awak handle interview untuk jawatan pembantu admin, setiausaha dan penolong HR tu ye?” Bos aku berkata macam meminta kebenaran.
“ok no hal bos, tapi siapa yang buat interview tu bos? Encik Bakar ke Puan Aminah?” aku bertanya lanjut..”Mereka berdua yang akan buat dengan bos awak yang hensem lagi gagah ni..ha..ha..ha..”bosku berlucu.
”eleh bos ni perasan betul la..jam berapa start bos?”aku mengejek. Bos aku Encik Ridzuan ni memang seorang bos yang sporting dan suka berlawak dan kerana itu dia disenangi oleh semua kakitangan syarikat tempat aku bekerja. “Sepatutnya dah boleh suruh mereka masuk tapi dah orang yang handle tu lambat datang jadi lambat la mula..”encik ridzuan menyindir..
”alah bos saya bukan sengaja nak datang lambat tadi masa saya turun dari bas ada sorang mamat tu langgar saya sampai saya terjatuh gedebuk kat bahu jalan tu”.mengingatkan kejadian itu hati ku terasa geram kembali..
..................................................................................................................................................................
Sesi temuduga itu berjalan seperti rutin biasa temuduga yang semua orang pernah hadiri.Isi borang butir-butir peribadi dan setelah siap kena tunggu sehingga nama dipanggil.Dalam ketekunan aku meneliti borang-borang calon temuduga tiba-tiba..”selamat pagi cik, saya datang untuk temuduga maaf saya terlambat saya tersesat tadi” seorang pemuda berkata kepadaku.
Dan bila aku mendongak untuk melihat empunya diri...”eh awak?” kami berkata serentak.Pemuda yang melanggar aku pagi tadi.Rupanya dia nak pergi temuduga kat sini je.”maaf cik.”dia berkata lagi.”takpa benda dah lepas. Ok awak ambil dulu borang ni dan isi lepas tu serahkan balik kat saya” aku member arahan.(macam bos).hahaha..
“Cik....Siti Nuralynna?”dia melihat name tag aku. “saya Nazri”dia memperkenalkan diri.”ya, ok.” Aku membalas pendek.Tiba-tiba aku berasa kalut pula bila dia memandang ku dengan mukanya yang hensem tu..Hemsem??Ya dia memang boleh dikategorikan sebagai hensem dengan kulit yang cerah serta wajah yang sejuk mata memandang..Yeszer..bila Alyn sudah menilai..he..he..he..
Tiba giliran Nazri aku memanggilnya.”Encik Nazri Bin Tajuddin”aku memanggil nama penuhnya.”ya saya cik” Nazri menyahut sambil melangkah ke meja ku.
“awak apply untuk jawatan Penolong HR, jadi awak pergi bilik yang ada di sebelah kanan tu.Nombor dua dari sini.”aku memberi arahan.”emm..semoga berjaya”aku berkata lagi..entah kenapa dalam hati aku harap dia dapat bekerja di sini...”terima kasih”balas Nazri pendek.
..................................................................................................................................................................
Aku tidak menunggu lama untuk keluar makan tengahari kerana sememangnya aku lapar sangat-sangat.Setelah memanggil rakan sepejabat untuk makan bersama kami terus menghilangkan diri sebelum bos kami memanggil untuk urusan yang tidak diingini..he..he..he..Dan aku juga tidak sempat melihat Nazri balik sebab dia masih lagi berada di dalam bilik temuduga.Ah biar lah..perut aku lagi penting...
“Al..Sapa mamat yang langgar kau pagi tadi aku dengar yang kau dok cite kat encik Ridzuan tu?”Safiah bertanya sebaik saja kami siap memesan makanan.
“Ooo..mamat tu?ada tadi dia datang pegi interview untuk jawatan penolong HR.Yang pakai baju warna biru muda necktie warna biru tua tu.”aku menerangkan siap dengan warna necktie lagi.
“mamat yang tu..wei hensem juga aku tengok tadi..kau nak tau Al dia asyik pandang kat kau aje tau tadi .” Ani pula menambah cerita..
“mungkin dia tengah mem’flashback’ muka aku masa aku jatuh tadi kot..haha..alamak malu la pula aku bila ingat balik masa tu..aku dah la terjelupuk jatuh macam buah nangka ramai orang lagi nampak..aduiii..malunya..dah tu aku membebel ntah apa-apa lagi tadi marahkan mamat tu”Aku membuka cerita..
“manatau tu jodoh kau..untung la kau Al..hahahaha...”Ani berkata..”ah kau ni kalau tak gossip tak sah”aku membalas.
..................................................................................................................................................................
Lebih kurang sebulan selepas insiden aku jadi nangka busuk tu, Bos meminta aku menelefon calon temuduga yang telah berjaya dan diterima bekerja di syarikat kami.Dalam senarai yang ada di tangan aku meneliti nama-nama yang tertulis dan menemukan nama Nazri.Dalam hati macam gembira tapi entah la.aku ni perasan je yang lebih selalu.
“Hello selamat petang.”aku memulakan bicara. “ya selamat petang.”Nazri membalas.
“Saya call dari Megabayu Developer nak inform kepada encik Nazri yang encik diterima bekerja di syarikat kami dan encik boleh datang esok untuk ambil surat lantikan dan mula bekerja.”aku memaklumkan kepadanya..
“baik lah.terima kasih.boleh saya tau siapa yang bercakap ni?”Nazri bertanya.”Siti Nuralynna bercakap.”aku memjawab.
“oo..cik..terima kasih cik siti dan saya nak minta maaf sekali lagi pasal insiden hari tu.awak nampak comel bila marah”Nazri berkata.dan secara spontannya aku dapat rasa muka ku panas semacam...”emm...sama2..err...err...eh..tak la..em..ok la..jumpa awak esok.tahniah.”tunggang langgang ayatku.
..................................................................................................................................................................
Hari ni genap sebulan Nazri bekerja di sini..memandangkan dia memegang jawatan penolong HR, jadi secara automatic aku juga berada di bawahnya sebagai setiausaha dia dan encik Ridzuan.Kami berdua menjadi semakin rapat dan menjadi kawan baik.Daripada cerita Nazri tentang dirinya dia anak tunggal lelaki dan bongsu daripada 4 adik beradik.Nasib la dia tidak seperti lelaki ‘jambu’ memandangkan dia tidak mempunyai abang dan ayah.Dia Cuma ada ibu dan kakak-kakaknya.Lebih kurang macam aku juga.aku ada abang 3 orang dan nasib baik aku tidak menjadi tomboy..he..he..he..
“Alyn..malam ni kau nak ikut aku tak pegi makan steamboat?”Nazri bertanya.
“ Siapa lagi yang pegi?kalau dengan kau je tak nak la aku.nanti tak pasal-pasal lebam bijik mata aku girlfriend kau tumbuk”aku berlawak.sebenarnya aku segan la..walaupun kami dah rapat dan jadi kawan ber ‘aku’ ber’kau ‘ tapi masih segan la sebab dia kan bos aku..
“ehem-ehem..ai encik Nazri..ajak Alyn sorang je ke?kami yang berderet ni tak nak bawa?”Safiah mencelah..aku cuma mampu tersenyum penuh kecomelan.
“emm..memang saya nak ajak pun..tapi tanya Alyn dulu la.sebab diakan paling comel kat sini.ok siapa yang nak ikut bagitau saya.saya belanja malam ni.”balas Nazri.aku jadi kalut.alamak sensitif la bila cakap pasal comel-comel ni..
“takpe la encik Nazri.malam ni saya ada dinner dengan tunang la”Ani menjawab.”saya pun tak dapat nak ikut la encik Nazri.Hubby saya suruh masak”Safiah menolak.
“kalau macam tu Alyn kau je lah ikut aku.”Nazri memberi kata putus.
“isk tak nak la..bukan tolak rezeki tapi segan la berdua je dengan kau..lain kali la ye encik Nazri..boleh?”aku memujuk.
“ok.no hal.lain hari kau jangan tolak tau.kalau tak aku tolak kau jatuh bangunan nanti.ha.ha..ha..”Nazri berkata.
“ciss...kalau kau tolak aku tarik kau juga..biar sama-sama jatuh..”Aku membalas..
..................................................................................................................................................................
Hari berganti hari..minggu berganti minggu..bulan berganti bulan..dalan tak sedar sudah lebih 2 tahun aku mengenali Nazri.Kadang-kadang bila melihatkan sikap Nazri aku macam dapat rasa dia ada hati kat aku..aku? Aku memang dah lama suka kat dia.Cuma aku malu la..yelah aku ni siapa..gadis penuh kemontelan.dia..lelaki hensem lagi berjaya.diakan bos aku..
“woit..!berangan..!”Nazri menerjah..
“oh mak kau telepas sapi dalam kandang”aku melatah..ciss..kantoi...
“baru aku tau makwe aku ni pandai melatah rupanya....hahahaha...”Nazri ketawa sekuat hati.
“sejak bila pula aku ni jadi makwe kau?ada hitam putih warna-warna pelangi ke?”aku buat-buat bodoh.
“emm..ada la...hahaha...”Nazri berteka teki.
“by the way..ada apa-apa aku boleh tolong?”aku bertanya.
“ada..tolong jaga hati aku boleh?”Nazri bertanya..muka ku memang tak dapat di gambarkan lagi bagaimana parasnya..merah dan panas...
“hehe..takde la..suka buat kau gelabah..comel..ni aku nak minta taip report ni untuk disertakan dalam minit mesyuarat minggu depan.’Nazri memberi arahan.baru saja Nazri melangkah dia berpaling kembali..”Alyn..ibu aku kirim salam.dia cakap kau masak sedap la.nanti jangan segan datang rumah lagi masak untuk aku..er..ibu aku...”tersasul-sasul pula Nazri berkata.
..................................................................................................................................................................
Hujung minggu lepas Nazri mempelawa aku dan kawan sekerja yang lain pergi ke rumahnya sempena hari lahir ibu nya.Oleh kerana Nazri yang bermulut tempayan itu telah mencanang cerita aku ni pandai memasak jadi ibunya telah meminta aku memasak untuknya.Jadi dengan hati yang berbelah bagi, aku bersetuju juga dan Nazri telah menjemput aku di rumah seawal 8 pagi dan lebih memalukan dia terpaksa menunggu aku bersiap sebab aku terlupa kunci jam dan lewat bangun.
“bertuah punya anak dara..lambat bangun..hah tu lah tengok lagi cerita Hindustan sampai lewat malam”mama membebel.
“alah mama ni..abang achik yang bawa semalam bukan adik nak tengok sangat pun..tapi best jugak ma...hehe”sempat lagi aku membalas.
“ok cepatlah sikit Nazri dah tunggu lama kat luar tu..entah apa yang baba kamu bawa cerita dengan dia tu”mama berkata.
‘Ok-ok adik dah siap”aku terkocoh-kocoh keluar.
“sorry Nazri..aku terlambat..hehe..lupa kunci jam la..”aku memberi alasan.
“ok takpe..jom la.saya jalan dulu ye pak cik”Nazri berkata kepada baba.
“hati-hati memandu.kalau kamu tak larat nak hantar alyn balik biar je dia tidur rumah kamu ye..ha..ha..ha..”baba berkata.
“isk baba ni..cubit ni...”aku menarik muka.
“mesra betul parents kau ye alyn..sporting betul..nanti aku nak buat-buat tak larat la hantar kau balik.kau tidur kat rumah aku je lah ye.katil aku ada ruang kosong lagi..haha”Nazri mengusik.
“agaknya kau ni dah lama tak makan kasut perempuan kot...sesedap rasa perencah mee maggi je cakap tu.aku cubit nanti, baru tau.”aku membalas.
Sedang aku mencari sesuatu dalam handbag aku yang sebijik macam luggage ni..hehe..(memuatkan set alat mekap diary aku, buku nota dan barang-barang seangkatan dengannya)..dalam keadaan tak terduga Nazri tiba-tiba menyelekohkan keretanya ke kiri atas sikap pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab.situasi di mana aku telah terpeluk Nazri amat-amat membuatkan aku gelabah dan malu.Nazri Cuma tersenyum penuh makna..ciss..tak guna...padan muka tak pakai tali pinggang keledar...
..................................................................................................................................................................
“hello? Alyn kau senang tak petang ni?Nazri bertanya.
”senang kot..apa hal?”aku bertanya kembali.
‘emm..aku nak jumpa kau la.jam 4 aku ambil kau kat rumah ok?Nazri memutuskan talian serta merta tanpa aku sempat kata ..tak mau....
“Alyn..aku ada hal nak bagitau kau....kau jangan marah pula...”Nazri memulakan bicara setibanya kami sampai di destinasi..Taman Tasik.
“sebenarnya....da lama aku suka kat kau...dan aku tau kau pun suka kat aku kan..”Nazri meluahkan perasaannya..
“eh mana ada”aku berdalih. Nazri mengeluarkan sesuatu dari dalam keretanya..dan ianya...Diari aku...!
Malunya aku masa tu..Tuhan je yang tau betapa jantung aku berdegup pantas seperti aku berenang 100 meter.
“eh..mana kau dapat benda tu?err..diary aku tu?”aku memberanikan diri bertanya..
“masa kau peluk aku”Nazri berkata..sememangnya dia mengungkit kisah dalam kereta tu.
“aku tak kisah apa pun rupa fizikal kau...kau gemuk ke kau kurus ke, tinggi ke, ketot ke...tak  kisah..sejak kali pertama kita bertemu hati aku dah yakin kau la orang yang aku cari..”Nazri berkata dalam nada romantis.  “Em..em..tapi....layak ke aku ni  dengan kau....isk kau ni...takda orang lain ke kau nak luahkan perasaan..kenapa aku...”.Alyn berdalih.  Nazri meraih tangan aku dan menggenggam erat..”Alyn..kenapa lagi kau nak nafikan rasa dihati?..kau kan dah terkantoi sebab aku dah baca diari kau yang tertinggal kat dalam kereta aku minggu lepas...hahaha...”kata nazri berlucu .
Aku membalas genggamannya dan tersenyum..dengan hanya senyuman Nazri sudah mengerti jawapanku...nyata Nazri telah membaca luahan hati ku yang aku tulis di dalam diary aku...sesungguhnya setiap kejadian ada hikmah di sebaliknya...




So inilah dia karya pertama ku..saja buat untuk suka2...tiada kaitan dengan yang hidup apatah lagi dengan yang mati..rekaan semata2... 

enjoy.:-)
28102010(10.35am)

0 comments:

Post a Comment